Ratings & Reviews performance provides an overview of what users think of your app. Here are the key metrics to help you identify how your app is rated by users and how successful is your review management strategy.
Speak & Translate ialah penterjemah suara dan teks asas yang membenarkan anda berkomunikasi secara lebih efektif dimana-mana sahaja di dunia ini. Adakah anda pernah melancong ke luar negara dan menghadapi masalah dengan halangan bahasa? Perlu memberitahu pemandu teksi anda dimana tempat penginapan anda? Tidak perlu risau lagi! Dengan Speak & Translate anda akan dapat bertutur dan menaip dalam lebih daripada 100 bahasa - biarpun dalam kawasan terpencil tanpa data atau wifi dengan mod luar talian kami! Dan sekiranya anda berada di dalam restoran, gunakan Mod Snap kami untuk menterjemah keseluruhan menu dengan mudah menggunakan kamera telefon anda! Amat mudah untuk berlagak seperti anda penutur asal dalam bahasa lain! CIRI-CIRI PERCUMA: • Terjemahan Teks: Ingin mengetahui sesuatu perkataan, ayat atau frasa yang lebih panjang dalam bahasa lain? Hanya taip teks tersebut dan dapatkan terjemahan segera kedalam 117 bahasa! • Terjemahan Suara: Terjemah mana-mana perkataan atau frasa yang disebut kedalam 54 bahasa! • Tetapan suara: pilih sama ada suara lelaki atau wanita dan kelajuan pertuturannya • Pengecaman Bahasa: Tidak tahu bahasa daripada teks sumber? Biar apl kami mengecamnya secara automatik dan menterjemahkannya untuk anda! • Integrasi iCloud: Sejara terjemaha anda akan diselaraskan secara automatik merentasi semua peranti Apple anda! • Tema Warna: Ubah tema warna UI apl anda dengan mudah untuk menyesuaikan dengan gaya anda! CIRI-CIRI PREMIUM: • Mod Snap: Hanya ambil gambar sebarang teks atau objek yang ingin anda terjemah! • Mod Luar Talian: Elakkan kos perayauan yang mahal dan terjemah secara luar talian! • Terjemahan Tanpa Had: Dapatkan sebanyak mana terjemahan teks dan suara yang anda inginkan! • Tanpa Iklan: Gunakan apl kami yang bebas iklan sepenuhnya! Pilih daripada pilihan langganan berbeza. Langganan standard kami adalah: • Langganan 1-bulan • Langganan 1-tahun --- Tempoh Langganan Dibaharui Secara Automatik: Harga sejajar dengan segmen harga yang sama, yang ditetapkan di "Apple's App Store Matrix" untuk mata wang lain. • Percubaan langganan percuma anda akan diperbaharui secara automatik kepada langganan berbayar kecuali pembaharuan automatik dimatikan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tempoh percubaan percuma tamat. • Sila ambil perhatian: sebarang bahagian tempoh percubaan percuma yang tidak digunakan (jika ditawarkan) akan terlupus apabila anda membeli langganan PRO semasa tempoh percubaan percuma. • Anda boleh membatalkan percubaan percuma atau langganan pada bila-bila masa dengan mematikan pembaharuan automatik melalui tetapan akaun iTunes anda. Ia mesti dilakukan 24 jam sebelum temboh percubaan percuma atau langganan tamat untuk mengelak dikenakan caj . Pembatalan akan berkuat kuasa sehari selepas hari terakhir tempoh langganan semasa, dan langganan anda akan diturunkan ke perkhidmatan percuma. • Akaun akan dikenakan dicaj bagi pembaharuan dalam masa 24 jam sebelum tempoh semasa berakhir dan mengenal pasti kos pembaharuan. Terma & Syarat: http://www.apalon.com/terms_of_use.html Pautan Dasar Privasi: http://apalon.com/privacy_policy.html Sambungan Internet diperlukan untuk menggunakan aplikasi ini. Untuk menggunakan mod luar talian, anda perlu memuat turun pek bahasa.