Ratings & Reviews performance provides an overview of what users think of your app. Here are the key metrics to help you identify how your app is rated by users and how successful is your review management strategy.
Mahukan suntingan foto bertaraf profesional di hujung jari anda? Tidak perlu sebarang latihan! Pixomatic akan membantu anda mempertingkatkan gambar anda dan mencipta komposisi menarik dengan pelbagai ciri penyuntingan foto. Anda akan dapat menggabungkan dan membayangkan semula gambar anda seperti pakar dengan ap penyuntingan foto digital kami. Teroka pilihan tanpa had melalui alatan seperti: - BUANG LATAR BELAKANG - Potong objek dalam bentuk apa pun - tidak kira kerumitannya. Cuba perkakas Magic Cut yang mampu mengubah hidup anda. Ia akan mengesan objek pada gambar anda dan mengasingkannya daripada latar belakang secara automatik. - PADAM OBJEK - Ucapkan selamat tinggal kepada gangguan foto! Gunakan Alat Penyembuh untuk membuang objek tidak dikehendaki daripada latar belakang foto-bahkan pengebom foto! Sesuaikan imej stok dengan penyingkir tera air segera, atau gunakan pemadam objek ajaib untuk pemilihan dan penyingkiran objek segera yang dikuasakan oleh AI. - KABURKAN LATAR BELAKANG - Teringin menganjakkan perspektif foto anda? Cipta kesan imej terfokus kepada gambar anda dengan alat Kaburkan Latar Belakang kami, atau serlahkan kreativiti anda dengan kesan kabur menggunakan tongkat kabur manual pada wajah dan objek foto yang lain. - PENAPIS DAN KESAN - Tetapkan mood! Anda ada penampilan berbeza untuk rangkaian sosial yang berbeza? Pilih daripada lebih 100 penapis dan lebih 300 kesan untuk penampilan yang anda mahu. - TEMPLAT BOLEH DISESUAIKAN - Sama ada anda ingin mencipta kolaj yang berseni, gambar profil baharu, atau meme yang lucu, anda boleh pilih daripada lebih 1000 templat foto yang berbeza untuk sebarang keadaan. Hanya masukkan foto anda ke dalam templat yang dipilih, dan simpan! - PENGGABUNG FOTO - Ingin mencipta karya seni menggunakan gambar anda? Gabung gambar-gambar berbeza untuk mendapatkan hasil yang cantik hanya dalam beberapa saat. - TALA WAJAH - Tunjukkan wajah terbaik anda: Kulit licin, gigi putih, dan tiada mata merah. Swafoto dan potret akan menunjukkan wajah sebenar anda - hanya ditambah baik sedikit. - TEKS - Klasik atau moden? Anda yang tentukan! Pilih daripada koleksi fon yang luas untuk semua keadaan untuk menyampaikan mesej yang anda inginkan. - ALAT PELARAS - Pilihan golongan yang sukakan kesempurnaan: Tambahkan sentuhan akhir secara manual untuk mendapatkan kontras, pendedahan, bayang, dan kedalaman warna yang tepat yang anda mahukan. - PELBAGAI FORMAT - Menyokong penggunaan kedua-dua format JPEG dan PNG. Boleh digabungkan, sekiranya perlu untuk menghasilkan satu jenis seni yang khas. - BERKONGSI KE INSTA, FB, TWITTER, DLL. - Berkongsi terus ke platform media sosial kegemaran anda? Pengikut anda pasti akan perasan kandungan menarik dan moden anda - tidak kira untuk tujuan peribadi atau profesional. Ikut trend. Serlahkan perbezaan. Dan sentiasa menjadi kreatif. Jadilah ahli Premium untuk membuka semua ciri. Pelan Langganan standard kami ialah: * Langganan 1 bulan * Langganan 1 tahun dengan Percubaan 7 hari * Bayaran langganan akan dikenakan kepada akaun App Store anda semasa pengesahan pembelian. Langganan akan dibaharui secara automatik dan anda akan dikenakan bayaran melainkan pembaharuan automatik dimatikan atau melainkan anda membuat pembatalan selewat-lewatnya 24 jam sebelum berakhirnya tempoh langganan semasa atau tempoh percubaan. Sebarang lebihan tempoh percubaan percuma yang tidak digunakan akan terlupus apabila anda membeli langganan premium semasa tempoh percubaan percuma. Kos pembaharuan bergantung pada Pelan Langganan yang anda pilih. Langganan dan pembaharuan automatik boleh diuruskan melalui Tetapan Akaun selepas pembelian dibuat atau dengan menghubungi Sokongan Pelanggan. Privacy Policy: https://support.bendingspoons.com/privacy.html?app=1332651082 Terms of Service: https://support.bendingspoons.com/tos?app=1332651082 Contact us: support@pixomatic.us