Ratings & Reviews performance provides an overview of what users think of your app. Here are the key metrics to help you identify how your app is rated by users and how successful is your review management strategy.
KEAHLIAN NETFLIX DIPERLUKAN. Selesaikan teka-teki dan teroka dunia kertas boleh lipat dalam permainan tentang pendewasaan yang menawan ini. Rahsia yang telah lama hilang dan keajaiban lain menanti. Pengembaraan teka-teki atas-bawah yang tenang ini berlatarkan dunia kertas boleh lipat, tempat anda akan bermain sebagai Paige, seorang ahli akademik muda yang akan meninggalkan rumah buat kali pertama untuk melanjutkan pelajaran. Dalam perjalanan ini, anda akan membongkar rahsia, meneroka kawasan baharu, menemui watak dengan kisah yang tidak dapat dilupakan dan menyelesaikan teka-teki dengan melipat persekitaran dan menggabungkan dua bahagian menjadi satu. LIPAT DUNIA YANG TENANG, SATU DEMI SATU Perkara yang terasa mudah pada mulanya — melipat dan membentuk laluan untuk diterokai — menjadi sukar dengan cepat! Ubah dunia anda semasa anda meliuk, berputar, dan berpusing untuk menyelesaikan teka-teki Paper Trail. TEKA-TEKI DAN ORANG YANG MENARIK Selesaikan teka-teki yang mencabar minda anda dan buka laluan Paper Trail. Perjalanan dalam lipatan ini akan mempertemukan anda dengan watak unik yang akan membantu anda mengharungi dunia yang lebih besar. PERSEKITARAN BUATAN TANGAN YANG INDAH Gua dalam dan gelap yang masih belum diterokai. Puncak pokok tertinggi yang dibasahi hujan. Permainan yang mengasyikkan ini menawarkan anda peluang untuk meneroka pelbagai persekitaran buatan tangan semasa anda meneruskan perjalanan anda. Nikmati pemandangan dan keajaiban semasa anda mengembara. GAYA SENI YANG MENAWAN Penampilan Paper Trail banyak dipengaruhi oleh gaya estetik rata seperti seni cetak dan cat air. Gaya yang menenangkan ini digabungkan bersama dengan lancar untuk mencipta permainan dengan rupa unik yang melengkapkan persekitaran kertas ini. - Dicipta oleh Newfangled Games.