Ratings & Reviews performance provides an overview of what users think of your app. Here are the key metrics to help you identify how your app is rated by users and how successful is your review management strategy.
Tersedia secara eksklusif untuk ahli Netflix. Pada siang hari, usahakan kedai di kampung yang indah. Pada waktu malam, terokai kurungan bawah tanah, bunuh raksasa dan rungkai misteri dalam pengembaraan dua kehidupan. Selami kehidupan Will, seorang pekedai berani yang dalam diam berimpian untuk menjadi seorang wira dalam RPG aksi ini. Ciri termasuk: • Mengusahakan kedai. Pada waktu siang, anda menjadi bos. Jual barangan, tetapkan harga barangan dengan teliti, kendalikan simpanan emas, rekrut pembantu dan berusaha untuk menaik taraf kedai. Namun, berhati-hati kerana terdapat orang licik yang mungkin mahu mencuri barangan berharga anda. • Pembangunan masyarakat. Kenali penduduk kampung ketika anda memulihkan kemakmuran kota kecil Rynoka. Bantu menubuhkan perniagaan baharu dan lihat kemajuan perniagaan itu. • Bertukang dan menjampi. Berinteraksi dengan penduduk kampung untuk mencipta perisai dan senjata baharu serta jampi peralatan yang sedia ada untuk meningkatkan tahap kebolehan anda. • Jelajah kurungan bawah tanah. Cari harta karun langka untuk kedai anda, bertempur dengan musuh dan asah kemahiran berlawan ketika anda menelusuri kawasan baharu pada waktu malam. Semakin anda meneroka, semakin banyak misteri yang akan anda rungkai.