Ratings & Reviews performance provides an overview of what users think of your app. Here are the key metrics to help you identify how your app is rated by users and how successful is your review management strategy.
User reviews affect conversion to installs and app rating. Featured and helpful reviews are the first to be noticed by users and in case of no response can affect download rate.
Memperkenalkan Permainan Menembak Perisai 3D mudah alih percuma untuk main yang berlegenda! J Sertai angkatan peminat permainan perisai berbilang pemain PERCUMA ini dan alami keseronokan pertempuran perisai yang penuh aksi di peranti anda. Terokai pelbagai kenderaan, medan, dan 8 mod untuk mencari pertempuran perisai kegemaran anda! NAIK TARAF PERISAI ANDA Pilih dari lebih daripada 400 kenderaan dari jentera-jentera Paras I hingga ke Paras X yang canggih. Rasakan kegembiraan ketika mempersiapkan gergasi besi anda di dalam Garaj untuk bermain dengan penuh semangat. TIDAK KETINGGALAN JUGA KENDERAAN FANTASI Pandu uji dengan seronok kenderaan eksperimental yang dijadikan nyata daripada pelan-pelan biru jurutera terkenal supaya ia rasa lebih istimewa! GUNAKAN KELEBIHAN PERISAI ANDA DALAM PERTEMPURAN Setiap perisai dalam pertempuran menawarkan mekanisme permainan yang unik. Bentuk badan dan menara meriam yang berlainan mampu melantunkan peluru yang paling berkuasa. MENANGI GANJARAN Berseronok dengan acara-acara dalam permainan yang diilhamkan daripada raksasa, dinasour, ahli muzik, dan alam permainan lain! Selesaikan misi khas tersendiri anda untuk dapatkan ganjaran untuk menaik taraf kenderaan kegemaran anda. BERTARUNG DALAM 30+ ARENA TEMPUR Permainan menembak pasti tidak akan membosankan, dan pertempuran perisai tidak terkecuali. Lepaskan kuasa senjata anda ke atas musuh-musuh di pelbagai medan. Berteduh dari matahari terik di padang pasir, kaji runtuhan purba di Mediterranean, atau teroka pangkalan rahsia yang ditelani zaman dalam kegelapan. Bukan itu sahaja! Lancarkan perang perisai anda dalam graviti rendah di Bulan atau kejutkan musuh anda dengan kebolehan mistik seperti bangkit semula dari kematian. MAIN DALAM PASUKAN DAN MENANGI PERTANDINGAN Anda tidak akan bermain keseorangan! Sertai klan dan bermain bersama rakan-rakan dalam permainan berbilang pemain di atas talian. Bentuk platun anda, mara ke medan tempur sebagai satu pasukan, dan bertanding untuk kegemilangan, pangkat, atau hadiah! WoT Blitz adalah permainan rentas-pelantar, oleh itu anda boleh bermain di atas pelbagai peranti berbeza. PANDU KENDERAAN BERSEJARAH Pandu dan naik taraf perisai dan pemusnah perisai yang bersejarah serta terperinci dari Jerman, Perancis, Jepun, Britain, China, Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, dan lain-lain negara. GRAFIK DIOPTIMUMKAN UNTUK MANA-MANA PERANTI Penembak PvP ini dioptimumkan secara automatik untuk peranti anda. Pandu sepenuhnya model-model perisai yang mengujakan dan saksikan letupan gergasi dan menara meriam terpelanting di arena tempur. Pergi ke tetapan untuk cari keseimbangan antara visual mengagumkan dan FPS tinggi. Ketahui lebih lanjut di https://wotblitz.com/ 2025 Wargaming.net