Ratings & Reviews performance provides an overview of what users think of your app. Here are the key metrics to help you identify how your app is rated by users and how successful is your review management strategy.
Tersedia secara ekslusif untuk ahli Netflix. Anda telah dipilih oleh tuhan. Berlawan dengan syaitan, panjat runtuhan dan hadapi takdir untuk menyelamatkan bangsa manusia dalam pengembaraan beraksi indah yang diinspirasikan oleh budaya India. Dalam permainan pengembaraan memenangi anugerah yang berlatarkan India purba ini, seorang gadis muda yang bernama Raji telah dipilih untuk menentang serangan syaitan terhadap alam manusia. Takdirnya? Untuk menyelamatkan adiknya dan menghadapi raja syaitan Mahabalasura. Seribu tahun telah berlalu sejak perang besar terakhir antara syaitan dengan tuhan. Lalai akibat salah tanggap bahawa mereka selamat dan terlupa ilmu alkimia, manusia mendapati mereka terdedah kepada syaitan yang melancarkan peperangan baharu untuk membalas dendam dahulu. Bandar dimusnahkan, kubu diruntuhkan dan kanak-kanak diculik dari rumah mereka. Dalam keadaan yang huru-hara ini, Raji dipilih untuk mempertahankan bangsa manusia seorang diri.- Dibangunkan oleh Nodding Heads Games.