Ratings & Reviews performance provides an overview of what users think of your app. Here are the key metrics to help you identify how your app is rated by users and how successful is your review management strategy.
Tulisan tangan digital yang terbaik pada iPad. Penultimate menggabungkan tulisan tangan serta lakaran semula jadi dan tanpa gangguan dengan kuasa penyegerakan dan carian Evernote. Aambil nota kelas atau mesyuarat, tulis jurnal tentang perkara yang anda fikirkan, atau kerangkakan idea besar anda yang seterusnya—di dalam pejabat atau di dalam perjalanan. Daripada goresan pertama, Penultimate menjadikan pengalaman menggunakan pen dan kertas yang lebih produktif. DAKWAT DAN KERTAS, MENJADI LEBIH BAIK Nota dan lukisan kelihatan hebat di dalam dakwat hitam atau berwarna. Teknologi pendakwatan kami menghasilkan goresan pen yang kelihatan semula jadi, dan Perlindungan Pergelangan Tangan akan menghalang tanda lilau terhadap penulis daripada semua jenis genggaman. Pilih daripada sebilangan jenis kertas, atau import untuk memperibadikan kertas tersebut. STYLUS DAN PERISIAN DIBINA BERSAMA Kami saling bekerja rapat dengan Adonit untuk menghasilkan stylus yang kami mahukan sejak dahulu: Jot Script Edisi Evernote, stylus dengan mata berkepersisan sebenar yang pertama. Penultimate bersepadu erat dengan stylus dan bersama menjadikan tulisan tangan digital suatu pengalaman yang sepatutnya. Ia bagaikan menulis dengan pen kegemaran anda. Kini tersedia di dalam Evernote Market. TULISAN ANDA MENYAINGI KELAJUAN ANDA Penultimate membenarkan anda berkerja pada mana-mana bahagian di dalam halaman tersebut dengan mudah. Untuk mengezum pada suatu lokasi di dalam halaman tersebut, hanya cubit masuk dan mulakan penulisan. Dengan ciri Aliran Penultimate yang didayakan, halaman tersebut akan bergerak bersama anda dan melarasnya secara automatik mengikut kelajuan anda bekerja. SAMBUNG DAN SEGERAK DENGAN EVERNOTE Daftar masuk ke akaun Evernote anda di dalam apl Penultimate untuk menyusun nota Penultimate anda di dalam buku nota, diasingkan mengikut topik, projek, atau kategori. Nota Penultimate anda disegerakkan secara automatik pada Evernote, jadi anda boleh mencari dan mengongsikannya merentasi semua peranti anda. TEMUI APA YANG ANDA PERLUKAN DENGAN CEPAT Tidak kira bagaimana anda mengutamakan susunan kerja anda, Penultimate memudahkan anda mencari nota yang diperlukan. Penultimate memproses nota anda supaya anda boleh mencari teks tulisan tangan di dalam apl tersebut. Simpan dan semak lalu kerja anda di dalam buku nota dan sisip, padam, penduakan, dan susun semula halaman di dalamnya sesuka hati anda. JADIKAN PENULTIMATE LEBIH BERKUASA Penultimate percuma untuk dimuat turun dan digunakan. Pasangkannya dengan Evernote Premium atau Evernote Plus untuk muat naik lebih besar, dan banyak lagi ciri hebat yang lain. Dua pilihan langganan: Evernote Premium bulanan dari $7.99 sebulan | $69.99 setahun Evernote Plus bulanan dari $3.99 sebulan | $34.99 setahun --- Harga mungkin berbeza mengikut lokasi. Langganan anda akan caj pada kad kredit anda melalui akaun iTunes anda. Langganan anda akan diperbaharui secara automatik, melainkan dibatalkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tamatnya tempoh semasa. Anda tidak boleh membatalkan langganan setelah diaktifkan. Urus langganan anda dalam Tetapan Akaun selepas pembelian. --- Privasi: https://evernote.com/legal/privacy.php Undang-undang: https://evernote.com/legal/tos.php