Ratings & Reviews performance provides an overview of what users think of your app. Here are the key metrics to help you identify how your app is rated by users and how successful is your review management strategy.
Memperkenalkan penjejak kitaran haid Paloma — alatan mesra pengguna dan mudah akses bagi wanita yang ingin mengawal kesihatan dan tubuh badan mereka! Jejaki kitaran haid anda, anggarkan waktu kesuburan dan hari ovulasi dan catatkan simptomnya agar anda menyedari tentang perubahan kesihatan anda. Sistem catatan mesra pengguna kami, yang turut menyertakan fasa kitaran berkod warna dan set simptom berinteraksi, juga amat penting bagi mereka dengan kitaran yang tidak teratur. Aplikasi ini amat sesuai bagi mereka yang: * Ingin memantau kitaran mereka dan mengetahui tentang keadaan kesihatan mereka. * Perlu mengesan perubahan minima yang disebabkan oleh kitaran tidak stabil. * Mereka yang mahu hamil dan memerlukan bantuan untuk menjejaki kitaran untuk meramalkan hari terbaik melakukan hubungan intim. Penjejak Kitaran menawarkan rekaan yang menawan dan teliti serta menyediakan pelbagai fungsi penting dan berguna: PENJEJAK KESIHATAN DAN KITARAN MUDAH AKSES: * Fasa kitaran berkod warna mencerminkan keamatan haid wanita. * Emoji cantik dan berwarna-warni untuk simptom dan mood meriangkan catatan. * Penyepaduan aplikasi Health. Kongsi maklumat penjejakan anda dengan mudah (permulaan kitar haid, aliran haid (ringan, sederhana, berat), dan seks dengan perlindungan dan/atau tanpa perlindungan) antara aplikasi Health dan Paloma. KALENDAR HAID DAN OVULASI * Catitkan tarikh kedatangan haid anda. * Dapatkan tarikh ramalan kedatangan haid berikutnya. * Ketahui tentang hari kesuburan dan ovulasi. * Lihat sejarah kitaran haid terdahulu anda. PANDUAN DAN ARTIKEL KESIHATAN * Artikel kesihatan terkini tentang kesihatan wanita, sindrom pramenstruasi (PMS), kehamilan, menopaus, gaya hidup sihat. * Tips penting tentang penjagaan diri anda sepanjang kitaran. STATISTIK KITARAN DAN SIMPTOM * Lihat graf yang mudah serta jelas dan menganalisa info tentang kitaran, jangka masa haid dan simptom anda yang dikesan. * Ketahui trend yang boleh anda bincangkan dengan pakar kesihatan anda. PERINGATAN DAN NOTA HARIAN PENTING * Terima peringatan tentang pengambilan ubat-ubatan, waktu mula kitaran haid atau waktu berlakunya kesuburan. * Gunakan ia sebagai diari peribadi anda atau untuk catitan nota penting. PROFIL DIPERIBADIKAN * Pilih avatar anda daripada pelbagai koleksi rekaan karakter. Ciri-ciri Premium * Akses tanpa had kepada semua artikel dan panduan tentang topik kesihatan berlainan. * MAKLUMAT LANGGANAN Pilih daripada pelbagai langganan. Pilihan langganan standard kami ialah: * Langganan 1 bulan * Langganan 3 bulan * Langganan 1 tahun * Bayaran langganan akan dikenakan pada akaun iTunes anda semasa pengesahan pembelian dan semasa permulaan setiap tempoh pembaharuan. Langganan dengan tempoh percubaan percuma akan dibaharui secara automatik kepada langganan berbayar. Anda boleh membatalkan langganan atau percubaan percuma anda melalui seting iTunes sekurang-kurangnya 24 jam sebelum berakhirnya tempoh percubaan percuma. Pembatalan akan berlaku sehari selepas hari terakhir tempoh langganan semasa dan anda akan diturun taraf kepada perkhidmatan percuma. * Sila maklum: sebarang bahagian daripada tempoh percubaan percuma (jika ditawarkan) yang tidak digunakan akan terlupus apabila anda membeli langganan premium semasa tempoh percubaan percuma. Penggunaan Paloma dan mana-mana maklumat, ramalan atau cadangan yang diberikan di Paloma oleh anda adalah di atas risiko sendiri. Kami tidak menjamin ketepatan sebarang maklumat, anggaran atau ramalan yang kami berikan kepada anda melalui Paloma. AdChoices: http://www.apalon.com/privacy_policy.html#4 Dasar Privasi: http://www.apalon.com/privacy_policy.html EULA: http://www.apalon.com/terms_of_use.html