Ratings & Reviews performance provides an overview of what users think of your app. Here are the key metrics to help you identify how your app is rated by users and how successful is your review management strategy.
Nonogram.com ialah permainan logik yang menagihkan dengan himpunan teka silang gambar yang besar. Disebabkan corak permainannya yang mudah tetapi mencabar, nonogram telah menjadi popular dalam kalangan orang dari semua peringkat umur. Sertai pemain dari seluruh duniia, selesaikan teka-teki berdasarkan petunjuk nombor dan dedahkan gambar tersembunyi! Nonogram.com menawarkan ribuan teka-teki dengan tahap kesukaran yang berbeza dan pelbagai kategori, yang sering dikemas kini untuk memastikan permainan ini tidak membosankan. Sama ada anda baru sahaja mula bermain nonogram atau seorang pemain berpengalaman, permainan ini pasti seronok dimainkan pada waktu lapang. Cabar minda anda semasa menyelesaikan teka-teki nonogram dan jadilah pakar Nonogram.com sebenar! Bermain nonogram juga merupakan cara yang baik untuk berehat selepas hari yang sibuk dan untuk menenangkan minda anda. Lari daripada kesibukan rutin harian anda dan terjun ke dalam dunia teka-teki yang mengasyikkan! Berseronok dengan proses mencipta gambar tanpa sebarang asas berdasarkan petunjuk nombor. Jom mulakan dengan peraturan asas dan logik di sebalik teka silang gambar: • Warnakan petak dan dedahkan gambar tersembunyi. • Gunakan petunjuk dan nombor untuk menyelesaikan teka-teki. • Nombor di atas lajur dibaca dari atas ke bawah. • Nombor di sebelah kiri baris dibaca dari kiri ke kanan. • Jika anda dapati suatu petak tidak harus diwarnakan, tandakan dengan X. • Dapatkan nyawa tambahan jika anda membuat kesilapan. Ciri-ciri Nonogram.com: • Beraneka teka-teki nonogram dengan imej tidak berulang untuk diwarnakan. • Acara Bermusim: selesaikan acara masa terhad dengan menyelesaikan nonogram dalam pelbagai tahap kesukaran. Dedahkan dan kumpulkan kesemua poskad unik. Ikuti kemas kini kami agar anda tidak terlepas sebarang acara! • Cabaran Harian: selesaikan teka-teki setiap hari dan dapatkan piala bulanan istimewa! • Pertandingan: bersaing dengan pemain lain dan warnakan sebanyak mungkin gambar nonogram yang anda mampu. Pilih teka-teki yang lebih sukar untuk melatih kemahiran anda, mendapatkan lebih banyak mata dan memenangi hadiah utama! • Gunakan petunjuk jika anda buntu semasa menyelesaikan nonogram. • Pangkah automatik membantu anda menandakan grid pada garisan yang mempunyai petak yang diwarnakan dengan betul. Nonogram mudah untuk dipelajari dan agak menagihkan apabila anda mula bermain. Cabar diri anda dan berseronoklah selama berjam-jam dengan Nonogram.com!