Ratings & Reviews performance provides an overview of what users think of your app. Here are the key metrics to help you identify how your app is rated by users and how successful is your review management strategy.
Microsoft Excel, aplikasi hamparan, membolehkan anda mencipta, melihat, mengedit serta berkongsi fail anda dengan cepat dan mudah. Uruskan hamparan, jadual dan buku kerja yang dilampirkan pada mesej e-mel daripada telefon anda dengan aplikasi produktiviti yang hebat ini. Semak hamparan dan jalankan analisis data semasa dalam perjalanan. Sesuaikan jadual dan hamparan mengikut cara yang anda inginkan dengan alat pemformatan yang kukuh dan ciri yang hebat. Dapatkan kuasa AI dengan Copilot1 dalam aplikasi kegemaran anda apabila anda mendaftar masuk dengan langganan Microsoft 365 anda. Cipta templat, edit hamparan, atur carta dan kongsi dengan mudah apabila anda memuat turun Microsoft Excel. Jadual & Hamparan: Cipta, Kira dan Analisis • Mulakan belanjawan, senarai tugasan atau analisis kewangan dengan templat moden Excel. • Gunakan formula biasa utk membuat pengiraan & menganalisis data utk membuat graf dgn cepat. • Ciri produktiviti & opsyen pemformatan beraneka membuatkan buku kerja anda lebih mudah dibaca & digunakan. • Gunakan Pandangan Kad untuk melihat dan mengurus hamparan dengan mudah. Aplikasi Produktiviti: Semak, Edit dan Bekerja di Mana-mana • Semak fail Excel anda daripada sebarang peranti. • Edit helaian & data atau kemas kini senarai tugas anda dr mana-mana sahaja. • Ciri hamparan seperti mengisih & menapis lajur membantu memfokus semakan anda. • Cipta, duplikasi, sembunyikan & nyahsembunyikan helaian dgn mudah. Analisis Data • Analisis data menggunakan carta & graf yang biasa. • Gunakan ciri hamparan seperti menambah & mengedit label carta utk menyerlahkan cerapan penting dlm data anda. • Pencipta carta pai: cipta carta & graf daripada data anda. Kewangan: Pembelanjawanan & Perakaunan • Gunakan hamparan & carta tangkas untuk membantu mengurus belanjawan. • Alat biasa utk membantu anda mendalami keperluan kewangan. • Kira anggaran cukai, kewangan peribadi dll. Lukis & Anotasi dengan Dakwat • Buat nota, serlahkan lembaran kerja anda, cipta bentuk atau tulis persamaan menggunakan ciri tab lukis dalam Excel pada peranti dengan keupayaan sentuhan. Perkongsian menjadi mudah • Berkongsi fail anda dgn beberapa ketikan utk menjemput org lain utk mengedit, melihat atau meninggalkan komen terus dlm lembaran kerja anda. • Salin kandungan lembaran kerja anda dlm kandungan mesej e-mel dengan format yg tdk terjejas atau lampirkan/salin pautan pada buku kerja anda utk opsyen perkongsian lain. Muat turun MS Excel & dptkan cara terbaik utk mencipta, mengatur & mengurus data dan hamparan daripada iPhone/iPad. Untuk mencipta atau mengedit dokumen, daftar masuk dengan akaun Microsoft percuma pada peranti dengan saiz skrin yang lebih kecil daripada 10.1 inci. Dedahkan pengalaman Microsoft 365 premium dengan langganan yang memenuhi layak untuk telefon, tablet, PC, dan Mac anda. Langganan Microsoft 365 bulanan yang dibeli daripada aplikasi akan dicaj kepada akaun App Store anda dan akan diperbaharui secara automatik dalam tempoh 24 jam sebelum berakhirnya tempoh langganan semasa, melainkan pembaharuan auto dinyahdayakan terlebih dahulu. Anda boleh mengurus langganan dalam seting akaun App Store anda. Aplikasi ini disediakan oleh sama ada Microsoft atau penerbit aplikasi pihak ketiga dan tertakluk pada pernyataan privasi dan terma serta syarat yang berasingan. Data yang disediakan melalui penggunaan gedung dan aplikasi ini mungkin dapat dicapai oleh Microsoft atau penerbit aplikasi pihak ketiga yang berkenaan dan dipindahkan kepada, disimpan serta diproses di Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain di mana Microsoft atau penerbit aplikasi serta ahli gabungan atau pembekal perkhidmatannya mengekalkan kemudahan. Sila rujuk Syarat Pelesenan Perisian Microsoft untuk Microsoft 365. Lihat pautan “Perjanjian Lesen” di bawah Maklumat. Dengan memasang aplikasi, anda bersetuju menerima terma dan syarat ini.