Ratings & Reviews performance provides an overview of what users think of your app. Here are the key metrics to help you identify how your app is rated by users and how successful is your review management strategy.
Inilah dia League of Legends oleh Riot Games yang kini dibina sepenuhnya untuk pertempuran PvP seluler. Selami permainan strategi multipemain pantas Wild Rift dengan kawalan lancar dan aksi arena pertempuran dalam talian yang tidak berkesudahan. Bekerjasama dengan rakan-rakan dalam permainan PvP yang epik, kunci juara anda, dan ikuti lakonan besar dalam arena pertempuran multipemain legenda. Muat turun League of Legends: Wild Rift dan bersedia untuk pertempuran. Bersedia apabila anda sudah benar-benar bersedia! STRATEGI ITU KUNCI - MENANG, LICIK, TANGKAS - Susun strategi dan laksanakan rancangan mahir untuk menjadi legenda di Rift. - Champion, objektif, item, malah arena pertempuran sendiri akan mengubah keputusan anda detik demi detik, serta matlamat akhir permainan anda. - Bersaing dalam pertempuran PvP yang berisiko tinggi yang menguji strategi dan kemahiran anda. - Sesi permainan pantas memberi anda lebih banyak peluang untuk menembak dengan kemahiran yang sempurna, menjadikan arus pertarungan tim yang menggila atau melakukan pentakill yang dahsyat. - Tiada dua permainan yang sama! BEKERJASAMA DENGAN RAKAN DALAM TALIAN - MOBA aksi 5v5 menyaksikan kerjasama dalam tim merealisasikan impian. - Kumpulkan skuad anda dan panjat tangga sebagai duo, trio atau lima dalam satu tim—satu nexus musuh pada satu-satu masa. - Ajaklah lebih ramai rakan melalui pelbagai saluran sosial untuk bertarung dalam pertempuran arena PVP yang dahsyat! - Panjat papan pendahulu dan mulakan guild untuk mencapai lebih banyak ganjaran bersama-sama! CHAMPION BANGKIT - 80+ champion dengan cara permainan yang pelbagai dan unik, malah lebih banyak lagi akan datang! - Pembunuh upahan penyangak vs gunung literal. Pahlawan cahaya matahari vs ikan duyung. Ahli sihir penjelajah vs sami buta. Alami permainan inovatif merentasi champion yang sangat unik. - Kegemaran biasa seperti Akali, Seraphine, Jinx, Caitlyn, Vi, Jayce dan lebih banyak juara daripada tajuk PC League of Legends, diadaptasi untuk bermain dengan hebat pada seluler! - Walau apapun yang anda mahukan pada legenda anda jadi, champ tetap menanti anda. PENGALAMAN MOBA SELULER PREMIUM - Visual yang menakjubkan, grafik yang cantik dan watak yang bertenaga. - Mod permainan multipemain, champion dan skin yang sentiasa dikemas kini. - Pertempuran 5v5 League of Legends dioptimumkan untuk pengalaman seluler yang epik. - Kandungan yang sentiasa berubah dan berkualiti tinggi. BERMAIN PERCUMA, SENTIASA ADIL - Tahap kemahiran dan saiz parti adalah keutamaan untuk matchmaking yang seimbang bagi setiap pertempuran seluler. - Dapatkan semua champion secara percuma dalam Wild Rift hanya dengan bermain! Tidak akan ada champion yang boleh dibeli secara eksklusif. - Tiada iklan yang mengganggu. Tiada bayaran untuk kuasa. Tiada bayaran untuk masa bermain. Takkan ada. Sertai permainan hebat dalam pertandingan arena pertempuran. Alami permainan penuh aksi Riot Games yang terkenal dengan League of Legends: Wild Rift. -- Ikuti untuk mendapatkan klip permainan 200IQ, kemas kini pembangun dan ciri serta banyak lagi: Instagram: https://instagram.com/wildriftmys Twitter: https://twitter.com/wildriftMYS Laman Web: https://wildrift.leagueoflegends.com Sokongan: https://support-wildrift.riotgames.com/ Dasar Privasi: https://www.riotgames.com/en/privacy-notice Syarat Perkhidmatan: https://www.riotgames.com/en/terms-of-service Memerlukan iOS 10.0 atau lebih baharu. Serasi dengan iPhone 6S dan ke atas.