Ratings & Reviews performance provides an overview of what users think of your app. Here are the key metrics to help you identify how your app is rated by users and how successful is your review management strategy.
Google Authenticator menambahkan lapisan keselamatan tambahan pada akaun dalam talian anda dengan menambahkan langkah pengesahan kedua apabila anda log masuk. Langkah ini bermakna bahawa selain kata laluan anda, anda juga perlu memasukkan kod yang dijana oleh apl Google Authenticator pada telefon anda. Kod pengesahan boleh dijana oleh apl Google Authenticator pada telefon anda walaupun anda tiada rangkaian atau sambungan selular. • Segerakkan kod Authenticator anda dengan Google Account dan merentas peranti anda. Dengan cara ini, anda sentiasa boleh mengakses kod Authenticator anda walaupun telefon anda hilang. • Sediakan akaun Authenticator anda secara automatik dengan kod QR. Cara ini pantas dan mudah serta membantu anda untuk memastikan bahawa kod anda disediakan dengan betul. • Sokongan untuk berbilang akaun. Anda boleh menggunakan apl Authenticator untuk mengurus berbilang akaun agar anda tidak perlu beralih antara apl setiap kali anda log masuk. - Sokongan untuk penjanaan kod berdasarkan masa dan pembilang. Anda boleh memilih jenis penjanaan kod yang sesuai dengan keperluan anda. • Pindahkan akaun antara peranti dengan kod QR. Cara ini merupakan cara yang mudah untuk memindahkan akaun anda kepada peranti baharu. Untuk menggunakan Google Authenticator dengan Google, anda perlu mendayakan Pengesahan 2 Langkah pada Google Account anda. Untuk bermula, lawati http://www.google.com/2step