HelloGold - Aplikasi Simpanan Emas
source

HelloGold - Aplikasi Simpanan Emas

(43)
Price
Free
Category
Finance
Last update
May 02, 2021
Publisher
View in store
Loading...

Ratings & Reviews performance

Ratings & Reviews performance provides an overview of what users think of your app. Here are the key metrics to help you identify how your app is rated by users and how successful is your review management strategy.

Number of reviews,
total
43
Avg rating,
total
⭐4.3
Loading...

Description

3305 chars

HelloGold adalah aplikasi simpanan emas diiktiraf dunia yang memudahkan anda menabung dalam emas. Beli, jual dan kirim emas gred pelaburan 99.99% (emas 999) tanpa pembelian minimum (dalam gram), membolehkan anda menabung dalam emas dari serendah RM1 (MY)/THB10 (TH). Aplikasi ini dicipta untuk memberi akses simpanan emas kepada semua orang dan berkhidmat sebagai platform simpanan tambahan. Dulu, simpanan emas diklasifikasikan sebagai produk kewangan golongan atasan tetapi kini HelloGold menunjukkan bahawa sesiapa sahaja, termasuk anda boleh menabung dalam emas - anda hanya perlu mulakannya. Apa Yang Anda Boleh Lakukan Dengan HelloGold: 1. Beli & menabung dalam emas gred pelaburan 2. Jual semula emas anda dengan mudah & buat pengeluaran tunai 3. Kirim emas anda kepada rakan & keluarga 4. Tebus emas fizikal bermula pada 1g 5. Semak harga emas secara langsung 6. Sertai pelan simpanan SmartSaver Mengapa HelloGold Pilihan Terbaik • Aplikasi FinTech yang diiktiraf dunia • Aplikasi simpanan emas patuh Syariah pertama di dunia • Berpatutan; beli emas pada serendah RM1(MY)/THB10 (TH) • Emas diinsuranskan sepenuhnya dan disimpan di bilik kebal • Emas yang diperuntukkan. Tebus emas fizikal anda pada bila-bila masa. • Akses serta-merta kepada harga emas terkini • Beli emas atau jual emas untuk tunai segera dengan mudah • Menawarkan harga emas terbaik di Malaysia & Thailand Mengapa Menabung Dalam Emas? Emas telah mengekalkan nilainya untuk tempoh jangka panjang dan melindungi kewangan bernilai jutaan ringgit, terutamanya terhadap inflasi dan kejatuhan ekonomi. Menabung dalam emas adalah amalan baik untuk mengukuhkan kewangan anda, kerana ia adalah produk kewangan yang memiliki rekod yang stabil dan cara bijak untuk mempelbagaikan porfolio pelaburan anda. SmartSaver HelloGold menawarkan pelan simpanan emas yang dikenali sebagai SmartSaver untuk menjadikan simpanan dan pengurusan kewangan semudah yang mungkin. Pelan simpanan automatik 12 bulan ini membolehkan anda memilih matlamat simpanan dan komitmen simpanan bulanan dari serendah RM30(MY)/THB300 (TH). Anda hanya perlu membiayai matlamat bulanan anda dan aplikasi ini akan membelikan emas untuk anda secara automatik pada harga terendah di setiap hari bekerja sepanjang bulan. Pada penghujung tempoh 12 bulan, anda boleh mengeluarkan simpanan emas tersebut, tebus emas fizikal atau terus mengembangkan simpanan anda. ANUGERAH 1. Islamic Retail Banking Awards - Most Innovative Islamic Retail Product of the Year 2017 (Produk Perniagaan Islamik Paling Inovatif Tahun 2017) 2. 2017 TechMatch ASEAN - Best of TechMatch ASEAN 2017 (Start-up Terbaik di TechMatch ASEAN 2017) 3. 2018 Malaysia Fintech Expo - Prominent in Wealth Asset & Investment Management of the Year (Cemerlang dalam Pengurusan Pelaburan dan Aset Kekayaan) 4. WIFA 2018 - Best Islamic Wealth Management Fintech Company (Syarikat Fintech Pengurusan Kekayaan Islamik Terbaik) SmartSave dan pelbagaikan pelaburan anda apabila anda mula menggunakan aplikasi simpanan ini. Dengan lebih 19,000 pengguna, HelloGold adalah aplikasi simpanan pilihan untuk sesiapa yang berminat membeli, menjual dan menyimpan emas serta menguruskan harta mereka dengan selamat. *Penafian: HelloGold tidak memberikan sebarang nasihat atau rundingan untuk pelaburan kewangan.

Screenshots

https://play-lh.googleusercontent.com/aptE35hvoedxJSz1pXZG8M4IvPG3svTeLve_oqKoPOqDhHG6D_rRvW9FoBUQJNw9Rwc=w720-h310-rwhttps://play-lh.googleusercontent.com/umb3pQpjah8SAfh7EJIFLjYuYdmVnj56AIBSFccN4STJvlS4ESg06kxjWVUpp0VRg4Q=w720-h310-rwhttps://play-lh.googleusercontent.com/3CIqnmpnTwz1YmLF52LDmEakB87xXurCmsi5yY1Ef5jDxc_7TBW6UTeKgI5kL8x6L78=w720-h310-rwhttps://play-lh.googleusercontent.com/w9jNWqjinvdlP-pqjDwV5E9mHnEpnfjXINf_SM7vDZT8_1cAGjSogcodxL4oeDpkZ30=w720-h310-rwhttps://play-lh.googleusercontent.com/wA4Z0Uo2KJNMlbuD-qrRISp4FEI2b8OdTLcjzU_4wZFI0e_t5XhW2lsQapV6sYkeKSc=w720-h310-rwhttps://play-lh.googleusercontent.com/v8lMAcj01d3zy7iEGD3yGcUW4snsRhx4K0JwqNGRIhrR5aQDjYV6EqGGTFgis4q2LVw=w720-h310-rwhttps://play-lh.googleusercontent.com/tC9uGOZTyLwRhUj72-tcIOsmhW0sodwl_qm7SeUz1JsvpjzGTFTJB01SksnKObtvYhc=w720-h310-rwhttps://play-lh.googleusercontent.com/TvKO5TXj9nRKzJBJ0elpQ-o6VCbzg-u-UhqBd9Tha_ZzUs5zcjqRvHASWztbpI5u_J3T=w720-h310-rw
Loading...
Loading...

Find growth insights on our blog

React to user feedback and market trends faster